ALHAMDULILLAH...Sewajibnya begitulah ungkapan setiap mahluk dimuka bumi ini dengan setiap pemberian dariNya. Biarpun apa bentuk ianya adalah rezeki buat kita menjalani dan mensyukuri pemberian dariNya. Kiranya rasa cinta kita kepada Yang Esa yang utama pasti setiap apa yang didatangkan kepada kita akan kita redahi walaupun secara zahirnya nampak pahit dan terlalu menyiksakan. Mampukan saya menjadi sekudus itu, kerana kekadang syaitan yang bertandang dicuping telinga datang tanpa undangan membisik kata-kata halus memujuk dan menyesatkan.
Jika perlu menangis akan menangislah saya, jika perlu meluahkan pada maya ini, akan saya lakukan dengan setiap rencana rencana yang telah saya lalui sepanjang hayat saya ini. Saya ingin menjadi kuat dengan izin dari Allah, saya ingin menjadi ikhlas jua dengan izin Allah kerana saya amat percaya, amat yakin setiap apa yang Allah dugakan bagi saya ada hikmah disebaliknya. Saya yakin kebahagian saya tidak sama dengan kebahagian yang orang sekeliling saya perolehi. Saya harap saya akan terus berjalan mengikut laluan yang betul, kerana kekecewaan dalam hidup adalah sebahagian daripada dugaan yang kekadang terlepas pandang dan kita menganggap musibah dalam hidup kita.
Dan lindungilah hambamu ini Ya Allah dariapada dugaan yang menyesatkan hingga daku terlupa siapa hambamu ini di dunia ini.
15 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan