Semakin pantas masa berlalu, 2011 dah memasuki kepenghujung Mei dan bakal menjemput Jun bertamu. Apakah saya telah mencapai segala hajat dihati, bak kata orang azam yang terlakar di awal tahun apakah telah menjadi realiti atau masih didalam anganan yang sekadar tertulis di mana-mana.Ada satu perkara yang saya cukup puashati sepanjang 2011 ini, rekod kedatangan saya sempurna dan tiada mencalarkan mata yang memandang dan saya ingin kekalkan ia hingga ke penghujung. Doa saya moga akan tercapai dan menjadi kenyataan.
Saya juga masih mencuba menghantar puisi kemana-mana tapak yang sudi menerima walau saya tidak pasti ianya akan dianaktirikan atau difail bulat cuma. Itu tidak menjadi bekas di hati saya kerana semangat untuk terus mencuba itu yang penting untuk setiap apa yang kita lakukan. Sesekali berpuisi di laman sosial facebook tidak menjadi halangan dan tidak kurang juga memberi komen membina. Lantas itu adakala saya tidak ketandusan idea cuma kekangan waktu sering mencemburui.
Saya hanya berusaha untuk terus memajukan diri sendiri, berusaha untuk tidak megecewakan diri sendiri kerana hala tuju hidup saya walau siapapun disamping saya saya berhak menentukanya. Saya iringkan doa moga perjalanan saya sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t.
19 Mei 2011
Langgan:
Catatan (Atom)