Melewati Jumaat dengan langkah kesyukuran yang aku masih lagi dapat menikmati limpah kurnia daripadanya, mengecapi nikmat dariNya yang maha pengasih lagi maha penyayang. Jika pun ada kepincangan dimana-mana aku anggapkan itu adalah kurniaan untuk aku yang bergelar manusia. Setiap apa yang kita miliki dalam apa jua bentuk.. kemanisan, kepahitan, kemuraman dan kesedihan biar pun kemiskinan atau kekayaan adalah rencah kehidupan untuk kita adunkan untuk terus menikmati sebuah kehidupan.
Kala kuingin simpankan cinta ini
seolah ada yang mengetuk
memberi salam bersapa tanya
haruskah untukku leraikan kekusutan
mampukah untukku menghilang kenangan
jujurkah untukku menerima sapaan
hanya untuk sebuah kebahagian
sekadar satu pertaruhan
yang sukar dimengertikan..
seri maya
19 Disember 2008
17 Disember 2008
Ulangtahun Kelahiran
Ingatan buat semua....
selamat ulangtahun untuk diri sendiri....inilah harinya setiap 17 Disember untuk setiap tahun untuk sekian kalinya...biar berapa bilangannya seharusnya aku telah semakin dewasa dalam mengharungi kehidupan ini.. kehidupan berkeluarga..kehidupan berkerjaya telah sama-sama aku laluinya bersama-sama insan yang menjadi pendorong dan pencetus semua rasa yang pernah bergelora didalam perjalanan hidup ini..
saban hari kekadang seolah menghitung hari lagaknya aku redahi kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. namun aku amat yakin segala yang berlaku merupakan pengalaman yang terindah dalam kehidupan ini...aku ingin teruskan perjalanan hidup ini dengan semangat dan kesungguhan bahawa setiap inci ruang yang aku penuhi selama ini adalah satu ketentuan yang dipersembahkan untukku menilai diri, memperbetulkan mana yang silap..jika pun mungkin menoleh seketika kebelakang itu ada juga yang perlu aku kutip tak banyak sedikit ....
lantas aku ingin kongsikan segala cerita bersama semua orang yang sudi, supaya segala cerita mamapu meloloskan kekusutan jika ada..

16 Disember 2008
salam buat semua
Dengan terbinanya blog ini aku berharap dapat merealisasikan jika pun tidak banyak, barang sedikit tentunya aku dapat melepaskan sedikit demi sedikit idea jika pun bukan sebagai seorang yang digelar penulis cukup sebagai seorang pencerita yang tidak rasmi, mengisahkan segala impian, segala cerita yang berlangsung dimana-mana jua letaknya aku ketika itu. Jika pun adalah seorang aku berimpian melahirkan ilustrasi yang digambarkan dialam realiti dan fantasi bagi sesetengah insan yang wujud dibumi nyata ini...
dan seterusnya akan kuluangkan waktu untuk terus bangun dan bangkit dari lena yang panjang untuk bersama mengindahkan pesada indah ini...
salam bertemu lagi...

IMPIAN
Salam untuk semua...
aku laksanakan impian untuk membina blog ini sekadar untuk memberi ruang pada diri sendiri untuk bercerita dan berkongsi suka duka pahit manis dalam hidup ini....
dan sempena ulangtahun kelahiran yang kesekian kalinya ini aku lahirkan sebuah blog untuk kita berkongsi luahan rasa dan cerita hidup meski indah, meski pahit untuk semuanya,

Langgan:
Catatan (Atom)