Sebagai insan biasa kita tidak boleh lari dari takdir yang telah ditentukan untuk kita, dan sebagai insan biasa juga kita tidak boleh sama sekali menyalahkan takdir yang tertulis untuk kita. Andai itu ketentuan untuk kita seusaha bagaimanapun itulah yang harus kita terima. saya sering belajar dari apa yang telah saya lalui..namun bukanlah saya hendak berserah dan tidak mahu berusaha atas apa-apa yang telah saya lalui namun daripadanya saya belajar untuk tidak menunding jari atau menyalahkan diri sendiri. dan daripadanya saya memesan niat dihati untuk sentiasa memandang kehadapan kerana dengan menoleh kebelakang hanya pahit dan derita yang terpandang oleh saya. saya ingin tinggalkan sisa derita yang telah dihadiahkan setiap tahun berganti tahun untuk saya. saya ingin belajar menyayangi diri sendiri, belajar mementingkan diri sendiri kerana ada kalanya itu adalah terbaik untuk kita. Terlalu banyak berkorban adakalanya memusnahkan diri sendiri. sedih rasa hati bila orang yang terhampir dengan kita menunding jari, mecaci kita, menghina kita seolah kita tidak menyumbang apa-apa dalam kehidupannya. hati akan cukup terasa. namun saya kena terima kerana itu pandangan orang, nilaian orang terhadap saya. benar atau tidak saya kena bermuhasabah diri. memperbaiki mana yang kurang..mengurangkan mana yang terlebih yang tidak indah dipandang orang.
saya ingin mencari diri
saya ingin lari dari kemelut ini
saya ingin terus dihargai
saya akan terus berdiri...
21 Januari 2009
14 Januari 2009
2009 Moga Terus Indah
Adakah terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru....Namun setiap yang baru pasti menjadi lama kerana itulah lumrah kehidupan insan di dunia yang sementara ini. Yang berlalu tetap akan berganti dan yang pergi kembalinya belum pasti. Susuri hidup ini dengan setulus ikhlas yang ada ....jika namanya insan biasa tetaplah ianya biasa bukan malaikat, ketulusan kekadang ada juga cacat celanya oleh persekitaran yang tidak menentu. Berikhlas dengan persahabatan kekadang dikhianati jua, berikhlas dalam berkasih dicurangi pula...daah namanya manusia. Semuanya urusan Allah...yang penting kita lakukan yang terbaik untuk diri kita serta insan yang terhampir dengan kita...selebihnya hanya doa dan redha dengan ketentuanNya...
Mimpi ini
terus berlari-lari
ingin menjadi realiti
hati ini sepi sekali
kerna senyum itu
bukan milikku lagi
Mimpi ini
terus berlari-lari
ingin menjadi realiti
hati ini sepi sekali
kerna senyum itu
bukan milikku lagi
Langgan:
Catatan (Atom)