21 Mac 2011

Hati Sendiri

Saya sentiasa belajar untuk tidak ambil peduli dengan apa yang Dia lakukan untuk saya, kerana sedari dulu saya sedar Dia sememangnya tidak pernah pun ingin tahu hati dan perasaan saya. Untuk menjaga atau membuat saya rasa dihargai memang jauh sekali. Seringnya perbuatanya lebih kepada meyakitkan hati buat saya sedih dan sebal. Dan semakin hari rasa sedih dan sebal itu menjadi lali dalam hati saya dan saya abaikan setiap pelakuan itu demi diri saya.

Namun kadang kala semakin saya ingin jauh Dia datang lagi, dan perasaan sakit itu datang kembali walau sejauh mana saya ingin pergi. Saya ingin pergi, pergi dan pergi lalui semua ini tanpa Dia, kerana saya memang sedar siapa saya dalam rentetan hidupnya.Kerana setiap perlakuan dan apa yang berlaku memberi ruang untuk saya berfikir bermaknakah semua ini untuk saya dan kehidupan saya.

15 Mac 2011

Akal Fikiran

Semakin akal ini berfikir semakin banyak yang ada dalam fikiran. Dihimpun-himpun biar sebanyak manapun andai tidak diluahkan akan kekal lapuk di situ tanpa ada yang tahu. Begitulah juga dengan ilmu yang telah dituntut, menjadi beku dan tidak laku, tiada bernilai hingga kita menjadi seorang yang malas untuk berfikir. Ya, keadaan yang sibuk ini menjadikan saya seorang yang malas dan leka daripada berfikir. Apa yang perlu untuk menjadikan saya lebih sempurna dari hari yang sebelumnya. Ahh.. kenapa lah begini jadinya. Bila dugaan datang melanda sesaorang menjadi semangat untuk melaksanakan sesuatu yang tertinggal dan terbengkalai. Dan bila dugaan kembali reda sesaorang jadi leka dan lalai. Sesekali kibarkan sayap yang ada, terbanglah setinggi mana pun, biar alang-alang jatuh nanti sakit mungkin ada juga yang digapai.