14 April 2011

Aku Ingin Memohon

Andai kesempatan itu masih ada, aku ingin memohon kemaafan pada mereka yang telah kulukakan hati mereka kerana setiap keputusan bukan bererti itulah kemahuan. Kadangkala kerana berpijak di bumi nyata kita terpaksa berani berdepan dengan apa yang dipanggil kemungkinan. Bercinta, berkasih dan bersayang bukan bererti pengakirannya dengan ikatan perkahwinan. Bercinta, berkasih dan bersayang bukan bererti ikatan itu terlerai walau tidak diijabkabulkan. Rasa cinta, kasih dan sayang akan terus bermukim dihati mereka yang mengharagai makna semua itu.

Selagi perasaan itu ada, selagi itu rasa resah ini memohon satu kekuatan untuk meleraikan sebuah simpulan hati yang tersimpul di sanubari. Aku tidak bisa membuang rasa itu kerana tiada insan yang berusaha memberi ruang untuk aku leraikannya. Jadilah aku berlari di dunia realiti namun masih diulit mimpi sang puteri yang inginkan puteranya datang bersama bintang kejora yang bersinar.

Kemaafan kupohon kerana hati ini masih tersimpan cinta, masih tersemai sayang dan kasih itu masih kubajai ditaman-taman hatiku. Aku masih umpama pelangi yang ingin mengindahkan hari-hari dan meyinarkan hening pagi dengan titis embun yang bersinar.
Aku masih ingin bermimpi memnghadirkan senyuman saban hari dan megucup mawar yang dijambang oleh hati yang penuh cinta, kasih dan sayang.

Aku ingin memohon untuk terus menyintai biar segalanya cuma dalam mimpi kerana aku masih seorang aku yang kalian kenali

12 April 2011

Saat Akhir

Semenjak semalam mentari bagai malu memberi cahaya, hingga ke subuh tadi masih ada rintik-rintik hujan terbias ke bumi. Sesungguhnya rutin perjalanan adakala memberi ruang jemu dalam kesingkatan hudup ini, kira-kiranya kita dapat menjadikan keruntinan itu menjadi sesuatu yang lebih luar biasa daripada biasa perjalanan ini mungkin tidak sebosan ini. Dan seketika ini diluar jendela sana ku lihat mentari megah memberi cahaya, langit membiru dengan tompok awan memutih indah. Hingga waktu mana cerah ini mampu menjadi milik penghuni bumi sukar memberi ramalan kerana sebagaimana hidup kita ketentuan darinya tidak perlukan ramalan. Hanya kita sebagai insan disaran berusaha mencari yang terbaik untuk diri dan semesta ini berada di paksi yang sewajarnya.

Mencari, meyusun dan mengupas pemikiran untuk diterjemahkan dengan kata-kata di saat akhir menjadi semakin payah. Apa pun bidang tugas andai saat akhir dilaksanakan adakala mendatangkan hasil yang lumayan adakalanya hanya sampah sarap yang bakal diterjemahkan. Namun saat akhir ini moga membuahkan hasil yang ranum dan manis buat santapan mereka yang mendalami bait-bait nukilan.

Moga mentari yang cerah diluar sana memberi ilham dan inpirasi untukku nukilkan sekuntum puisi yang berjiwa besar.