14 April 2011

Aku Ingin Memohon

Andai kesempatan itu masih ada, aku ingin memohon kemaafan pada mereka yang telah kulukakan hati mereka kerana setiap keputusan bukan bererti itulah kemahuan. Kadangkala kerana berpijak di bumi nyata kita terpaksa berani berdepan dengan apa yang dipanggil kemungkinan. Bercinta, berkasih dan bersayang bukan bererti pengakirannya dengan ikatan perkahwinan. Bercinta, berkasih dan bersayang bukan bererti ikatan itu terlerai walau tidak diijabkabulkan. Rasa cinta, kasih dan sayang akan terus bermukim dihati mereka yang mengharagai makna semua itu.

Selagi perasaan itu ada, selagi itu rasa resah ini memohon satu kekuatan untuk meleraikan sebuah simpulan hati yang tersimpul di sanubari. Aku tidak bisa membuang rasa itu kerana tiada insan yang berusaha memberi ruang untuk aku leraikannya. Jadilah aku berlari di dunia realiti namun masih diulit mimpi sang puteri yang inginkan puteranya datang bersama bintang kejora yang bersinar.

Kemaafan kupohon kerana hati ini masih tersimpan cinta, masih tersemai sayang dan kasih itu masih kubajai ditaman-taman hatiku. Aku masih umpama pelangi yang ingin mengindahkan hari-hari dan meyinarkan hening pagi dengan titis embun yang bersinar.
Aku masih ingin bermimpi memnghadirkan senyuman saban hari dan megucup mawar yang dijambang oleh hati yang penuh cinta, kasih dan sayang.

Aku ingin memohon untuk terus menyintai biar segalanya cuma dalam mimpi kerana aku masih seorang aku yang kalian kenali

Tiada ulasan: