Seharian masa adalah di organisasi ini, kata orang waktu sedih, gembira adalah di sini selain teratak sendiri yang ditinggal sebelum matahari meninggi hari hingga akan terbenam mentari barulah kembali. Bagaikan burung yang perginya pagi dan pulang sebelum gelap memayung bumi. Itulah sebahagian kehidupan penghuni kota sezaman saya.
Setuju atau tidak tahun yang berganti tahun inilah kehidupan yang perlu saya jalani untuk dimanafaatkan pada keluarga.
Dan beberapa hari lagi bakal melangkah ketahun baru mengikut kiraan Masehi 2011 sebagaimana amalan kebiasaan. Untuk menetap azam? Saya hanya berharap keberkatan daripada setiap perilaku dan berdoa untuk kesejahteraan keluarga saya terutama anak anak yang meningkat remaja yang perlukan perhatian dan bimbingan dalam hidup mereka.
Bersyukur kerana kejayaan menyebelahi anak remaja saya dalam ujian menempuh PMR yang lalu. Moga dirinya beroleh kejayaan demi kejayaan untuk merealisasikan impiannya. Saya hanya berharap yang terbaik untuk mereka berdua dunia dan akhirat.
24 Disember 2010
17 Disember 2010
SELANGKAH USIA
Bagai telah dijanjikan pengiraan usia itu bakal dihitung setiap insan, memberi kita ruang sedar buat kita apakah yang telah dilakukan sepanjang masa kita dihidupkan di bumi tuhan ini. Banyakkah amal kebajikan untuk diri dan orang disekeliling. Belas ihsankah kita dengan apa yang telah kita perbuat pada diri dan mereka yang hampir atau tidak dengan kita.
Hanya padaMu aku berdoa agar sentiasa ada ruangan untukku perbaiki diri, mengenal diri dan terus memperhambakan diri padaMu Ya Allah. Sebagai insan biasa aku kekadang terlupa darimana datang diriku, untuk apa aku di sini. Ya Allah, jangan kau lalaikan hambamu dengan dugaaan yang sedikit ini, berikanlah aku kekuatan dan kesabaran untuk menempuh kemanisan dan kepahitan ini dengan RedhaMu jua.

15 Disember 2010
REZEKI
ALHAMDULILLAH...Sewajibnya begitulah ungkapan setiap mahluk dimuka bumi ini dengan setiap pemberian dariNya. Biarpun apa bentuk ianya adalah rezeki buat kita menjalani dan mensyukuri pemberian dariNya. Kiranya rasa cinta kita kepada Yang Esa yang utama pasti setiap apa yang didatangkan kepada kita akan kita redahi walaupun secara zahirnya nampak pahit dan terlalu menyiksakan. Mampukan saya menjadi sekudus itu, kerana kekadang syaitan yang bertandang dicuping telinga datang tanpa undangan membisik kata-kata halus memujuk dan menyesatkan.
Jika perlu menangis akan menangislah saya, jika perlu meluahkan pada maya ini, akan saya lakukan dengan setiap rencana rencana yang telah saya lalui sepanjang hayat saya ini. Saya ingin menjadi kuat dengan izin dari Allah, saya ingin menjadi ikhlas jua dengan izin Allah kerana saya amat percaya, amat yakin setiap apa yang Allah dugakan bagi saya ada hikmah disebaliknya. Saya yakin kebahagian saya tidak sama dengan kebahagian yang orang sekeliling saya perolehi. Saya harap saya akan terus berjalan mengikut laluan yang betul, kerana kekecewaan dalam hidup adalah sebahagian daripada dugaan yang kekadang terlepas pandang dan kita menganggap musibah dalam hidup kita.
Dan lindungilah hambamu ini Ya Allah dariapada dugaan yang menyesatkan hingga daku terlupa siapa hambamu ini di dunia ini.

10 Disember 2010
DENGAN RINDU AKU KEMBALI
Mengamit memeori yang lalu itulah yang terindah sebenarnya. Dan saya akan memulakan perjalanan untuk kembali ke daerah kelahiran, yang di situ ada cerita zaman anak anak, di situ ada cerita zaman remaja, di situ ada cerita yang berbagai bagai. Dari main pondok pondok dengan anak anak tetanga, dengan anak anak patung kertas yang direka pelbagai hiasan. wah masa itu pelbagai design pakaian saya reka untuk anak anak patung kertas saya. Permainan yang tidak lagi diinginkan oleh kekanak zaman ini. Permainan yang telah ditukar pakai dengan istilah 'barbie doll'. Itulah kenangan yang tidak bisa dikembalikan, bisa diulang cerita namun hanya jadi bahan lawak anak anak zaman ini. sedihnya....
Dan setiap kali kembali kenangan kenangan itu akan menyusuri setiap langkah saya, jika pun kembali bukan dengan waktu yang panjang, namum kerinduan itu akan ada penawarnya.
Dan setiap kali kembali kenangan kenangan itu akan menyusuri setiap langkah saya, jika pun kembali bukan dengan waktu yang panjang, namum kerinduan itu akan ada penawarnya.
8 Disember 2010
MELANGKAH LAGI
Dimulai dengan salam kesejahteraan dan kemuliaan kerana dikuniakan waktu menghirup derusan udara kala melangkah ke hijrah yang ke 1432. Jika pun sesekali menyingkap jendela ini namun kemesaraan lebih terasa di sini. Andai luahan itu sekadar luahan biarlah ianya menjadi satu ungkapan yang tidak perlukan penilaian dari sesiapa. Kerana berbicara dengan taipan yang tidah bernyawa ini akan lebih indah dari sakitnya. Sudah puas saya berbicara dengan mereka yang dipanggil teman kiranya bisa dipanggil teman namun kekadang bicara itu dijaja bagai cerita artis saja. Saya adalah segelintir insan yang didatangkan dugaan oleh yang Maha Esa didalam kehidupan yang serba kekurangan ini. Lantas andai ada yang bisa kiranya dipanggil teman akan saya kongsikan seikhlas yang mungkin. Kisah saya bukan sandiwara untuk dipertonton di khalayak. Saya juga bukan meminta simpati atas apa yang berlaku di laluan hidup saya, saya sekadar mencari ruang yang dipanggil muhasabah diri.
Langgan:
Catatan (Atom)