Seharian masa adalah di organisasi ini, kata orang waktu sedih, gembira adalah di sini selain teratak sendiri yang ditinggal sebelum matahari meninggi hari hingga akan terbenam mentari barulah kembali. Bagaikan burung yang perginya pagi dan pulang sebelum gelap memayung bumi. Itulah sebahagian kehidupan penghuni kota sezaman saya.
Setuju atau tidak tahun yang berganti tahun inilah kehidupan yang perlu saya jalani untuk dimanafaatkan pada keluarga.
Dan beberapa hari lagi bakal melangkah ketahun baru mengikut kiraan Masehi 2011 sebagaimana amalan kebiasaan. Untuk menetap azam? Saya hanya berharap keberkatan daripada setiap perilaku dan berdoa untuk kesejahteraan keluarga saya terutama anak anak yang meningkat remaja yang perlukan perhatian dan bimbingan dalam hidup mereka.
Bersyukur kerana kejayaan menyebelahi anak remaja saya dalam ujian menempuh PMR yang lalu. Moga dirinya beroleh kejayaan demi kejayaan untuk merealisasikan impiannya. Saya hanya berharap yang terbaik untuk mereka berdua dunia dan akhirat.
24 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan