Mungkin kita boleh menukar azam yang seringnya dibuat dipermulaan Hijrah atau Tahun Baru yang sering menjadi ikut-ikutan. Azamkan diri kita sempena Ramadhan 1431 untuk menjadi lebih yang terbaik dari yang lepas. Kita yang tergolong dalam masyarakat hari ini sering terleka dalam menyambut Ramadhan dan seterusnya meraikan Syawal dengan keindahan dan kenikmatan dunia yang melekakan dan mengasyikkan. Dari segi makan minumnya dan persiapan yang bagai tiada penghujungnya...kata orang selagi ada...semua ingin kita adakan hingga sampai ketikanya ianya jadi satu bebanan dan pembaziran. Berilah pelajaran kepada generasi kita seterusnya supaya segala yang perlu itu adalah kesederhanaan.
Kesederhanaan itulah azam yang perlu kita anyamkan dalam sebuah kehidupan. Apakah kerana hidupnya sebagai si kaya kemewahan itu jadi segala yang teratas, dan apakah kerana kemiskinan itu adalah hidupnya maka ia perlu jadi yang terbawah. Kerana sikap si mewah yang tidak pernah tunduk melihat si miskin terjadilah insan-insan yang melarat tanpa perhatian. Mereka sering menganggap diri berusaha untuk diri sendiri tanpa sedar rezeki allah berikan adalah untuk dikongsi dan diagihkan untuk mereka yang memerlukan...dan sedekah itu adalah jalannya. Andai mereka yang menyedari hakikat ini akan bertambah nikmatnya Ramadhan untuk semua insan di muka bumi Allah ini. Aminn
11 Ogos 2010
Langgan:
Catatan (Atom)