Masihkah kau ingat kita berlari-lari
Di kaki langit mencari pelangi
Lalu hujan turun kita basah bersama
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat .....
Cerita ini adalah kisah dahulukala, laksana Hang Tuah bertemu sang Puteri. Namun cinta yang tidak kesampaian ini terus menjadi lagenda dan memori yang terindah dalam perjalanan kehidupan.Dalam bercinta kekadang kita lupa siapa kita, kita lupa yang kita hanya sang pipit yang bercita-cita bergandingan dengan sang helang yang terbang tinggi. Sedang indah dilamun cinta pasti ada yang menyedarkan kita lantas itu kita terpaksa berundur, bukan kerana cinta telah hilang, bukan tidak sanggup merempuh badai namun kerana cinta kita adakalanya perlu pengorbanan kerana apalah ertinya sebuah kehidupan andai tiada restu mereka yang memberi ruang untuk kita bernafas dibumi indah ini.
cinta kita
tiada pernah ada noktahnya
meski ruang antara kita
telah banyak jurangnya
cinta kita
cinta sesama insan
mungkin lenyapnya tanpa sedar....
namun bagiku....
laksana sang Puteri
tetap cinta pada Tuah nya....
sering segar dalam ingatan,....
Seri Maya
16 Mac 2010
5 Mac 2010
Percaya
Kepercayaan andai tiada dalam kehidupan memang payah untuk kita lalui, namun untuk meletakkan kepercayaan tersebut juga payah untuk kita lakukan. Apalagi kepercayaan yang pernah kita berikan dipunahkan dengan ketidak jujuran dan kecurangan. Bersahabat, berkasih dan bersaudara memerlukan kepercayaan untuk mengikat ukhwah antara sesama . Berpeganglah prinsip kejujuran moga insan lain sentiasa ada ruang untuk meletakkan kepercayaan buat kita. Moga kita akan terus mendapat cinta dan kasih sayang setulusnya. Jika tidak hidup akan terus diselubungi kepalsuan dan kemurniaan kehidupan akan terus tercalar.
Aku sering mencari ruang
meletak kata percaya
namun kala percaya itu keanyam sempurna
sering kau calarkannya
sering kau musnahkanya
akukah insan yang akan terus berdusta
mencari percaya yang telah tiada..................
Seri Maya
Aku sering mencari ruang
meletak kata percaya
namun kala percaya itu keanyam sempurna
sering kau calarkannya
sering kau musnahkanya
akukah insan yang akan terus berdusta
mencari percaya yang telah tiada..................
Seri Maya
3 Mac 2010
Mencari Diri
Adakala kita tersasar dalam mencari arah hidup kita, kelalaian dan kealpaan menjadikan kita insan yang cepat lupa siapa kita. Kesedaran hanya akan timbul bila sesuatu tragedi berlaku, tika kita tersentak, dan terkapai-kapai mencari hala tuju....dan tika itu hanya padaNya kita mencari perlindungan, hanya padaNya kita mencari keredaan. Dan mereka yang terpilih menerima dugaan dan cabaran duniawi banyakkanlah bersyukur dibanding mereka yang terus hanyut dan hanyut.....
saat kesedaran itu tiba
jika pun telah terlewat
sewajarnya kita sentiasa beringat
itu yang ditentukan olehNya..
Seri Maya
saat kesedaran itu tiba
jika pun telah terlewat
sewajarnya kita sentiasa beringat
itu yang ditentukan olehNya..
Seri Maya
Langgan:
Catatan (Atom)