16 Mac 2010

Lagenda Gunung Ledang

Masihkah kau ingat kita berlari-lari
Di kaki langit mencari pelangi
Lalu hujan turun kita basah bersama
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat .....

Cerita ini adalah kisah dahulukala, laksana Hang Tuah bertemu sang Puteri. Namun cinta yang tidak kesampaian ini terus menjadi lagenda dan memori yang terindah dalam perjalanan kehidupan.Dalam bercinta kekadang kita lupa siapa kita, kita lupa yang kita hanya sang pipit yang bercita-cita bergandingan dengan sang helang yang terbang tinggi. Sedang indah dilamun cinta pasti ada yang menyedarkan kita lantas itu kita terpaksa berundur, bukan kerana cinta telah hilang, bukan tidak sanggup merempuh badai namun kerana cinta kita adakalanya perlu pengorbanan kerana apalah ertinya sebuah kehidupan andai tiada restu mereka yang memberi ruang untuk kita bernafas dibumi indah ini.

cinta kita
tiada pernah ada noktahnya
meski ruang antara kita
telah banyak jurangnya
cinta kita
cinta sesama insan
mungkin lenyapnya tanpa sedar....
namun bagiku....
laksana sang Puteri
tetap cinta pada Tuah nya....
sering segar dalam ingatan,....

Seri Maya

Tiada ulasan: