Sebagai insan biasa kita tidak boleh lari dari takdir yang telah ditentukan untuk kita, dan sebagai insan biasa juga kita tidak boleh sama sekali menyalahkan takdir yang tertulis untuk kita. Andai itu ketentuan untuk kita seusaha bagaimanapun itulah yang harus kita terima. saya sering belajar dari apa yang telah saya lalui..namun bukanlah saya hendak berserah dan tidak mahu berusaha atas apa-apa yang telah saya lalui namun daripadanya saya belajar untuk tidak menunding jari atau menyalahkan diri sendiri. dan daripadanya saya memesan niat dihati untuk sentiasa memandang kehadapan kerana dengan menoleh kebelakang hanya pahit dan derita yang terpandang oleh saya. saya ingin tinggalkan sisa derita yang telah dihadiahkan setiap tahun berganti tahun untuk saya. saya ingin belajar menyayangi diri sendiri, belajar mementingkan diri sendiri kerana ada kalanya itu adalah terbaik untuk kita. Terlalu banyak berkorban adakalanya memusnahkan diri sendiri. sedih rasa hati bila orang yang terhampir dengan kita menunding jari, mecaci kita, menghina kita seolah kita tidak menyumbang apa-apa dalam kehidupannya. hati akan cukup terasa. namun saya kena terima kerana itu pandangan orang, nilaian orang terhadap saya. benar atau tidak saya kena bermuhasabah diri. memperbaiki mana yang kurang..mengurangkan mana yang terlebih yang tidak indah dipandang orang.
saya ingin mencari diri
saya ingin lari dari kemelut ini
saya ingin terus dihargai
saya akan terus berdiri...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Kemelut sentiasa mencabar kita. Bagi yang berfikir, kemelut itu membawanya mencari diri sendiri. Walau duka dan suka datang mencabar, teguhkan pendirian dengan bersabar dan redha. DIA Maha Mengetahui, Maha Mengasihani, Maha Mengasihi.
Bersederhana dalam apa jua tindakan.
Salam :)
Catat Ulasan