19 Disember 2008

Kesyukuran

Melewati Jumaat dengan langkah kesyukuran yang aku masih lagi dapat menikmati limpah kurnia daripadanya, mengecapi nikmat dariNya yang maha pengasih lagi maha penyayang. Jika pun ada kepincangan dimana-mana aku anggapkan itu adalah kurniaan untuk aku yang bergelar manusia. Setiap apa yang kita miliki dalam apa jua bentuk.. kemanisan, kepahitan, kemuraman dan kesedihan biar pun kemiskinan atau kekayaan adalah rencah kehidupan untuk kita adunkan untuk terus menikmati sebuah kehidupan.

Kala kuingin simpankan cinta ini
seolah ada yang mengetuk
memberi salam bersapa tanya
haruskah untukku leraikan kekusutan
mampukah untukku menghilang kenangan
jujurkah untukku menerima sapaan
hanya untuk sebuah kebahagian
sekadar satu pertaruhan
yang sukar dimengertikan..

seri maya

Tiada ulasan: