Melewati daerah yang dibanggil Negara Orang. Amat beruntunglah masyarakat kita, keluarga kita dan kawan-kawan kita kerana lahir dan hidup aman damai di negara Malaysia ini.. 25 Mac hingga 28 Mac berada di negara orang merupakan pengalaman berharga dalam kehidupan yang dianugerahkan ilahi. Namun nilai-nilai murni keikhlasan dan kejujuran mereka walau maklumnya kita orang asing amat terserlah.Jika dicari ketidak jujuran dimana-mana pun ada...aptah lagi kita di negara asing.Dan banyak kisah yang kukutip daripada perjalanan yang singkat itu. Sikap kenegaraan yang terserlah dalam masyarakat mereka. Kerana rumpun mereka yang terlalu besar banyak perbezaan yang dapat aku lihat masyarakat mereka yang berhijrah ke negara kita untuk menghimpun rezeki dibanding dengan mereka yang kekal di negara sendiri.Semangat mereka berbeza sungguh, keazaman dan ketekunan mereka mencari rezeki dari yang kecil hingga ke nenek tua.
jika pun kulihat pengemis yang melata
jika pun kulihat penjaja berjejeran dikaki lima
mereka sekadar mencari sesuap rezeki
datang dari mereka yang berada
di tengah kota Bandung itu
yang punya gedung punya segala
namun tidak bisa berkongsi rasa
hingga yang melata terus hina
suara-suara kecil itu
hanya bisa bercerita...
namun tak mampu bikin apa
kerna itu kekadang bencana datangnya tiba-tiba
namun insafnya entah untuk siapa?
Seri Maya
2 April 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Salam Seri yang terindah :)
Bersyukurlah kita dengan apa yang ada dalam negara sendiri. Hulurkan rasa peri kemanusiaan kepada yang memerlukan. Insyallah kehidupan ini akan lebih indah dan bermakna.
Catat Ulasan