17 Disember 2008

Ulangtahun Kelahiran

Ingatan buat semua....
selamat ulangtahun untuk diri sendiri....inilah harinya setiap 17 Disember untuk setiap tahun untuk sekian kalinya...biar berapa bilangannya seharusnya aku telah semakin dewasa dalam mengharungi kehidupan ini.. kehidupan berkeluarga..kehidupan berkerjaya telah sama-sama aku laluinya bersama-sama insan yang menjadi pendorong dan pencetus semua rasa yang pernah bergelora didalam perjalanan hidup ini..
saban hari kekadang seolah menghitung hari lagaknya aku redahi kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. namun aku amat yakin segala yang berlaku merupakan pengalaman yang terindah dalam kehidupan ini...aku ingin teruskan perjalanan hidup ini dengan semangat dan kesungguhan bahawa setiap inci ruang yang aku penuhi selama ini adalah satu ketentuan yang dipersembahkan untukku menilai diri, memperbetulkan mana yang silap..jika pun mungkin menoleh seketika kebelakang itu ada juga yang perlu aku kutip tak banyak sedikit ....
lantas aku ingin kongsikan segala cerita bersama semua orang yang sudi, supaya segala cerita mamapu meloloskan kekusutan jika ada..

2 ulasan:

Bunga Rampai berkata...

Salam ukhuwah :)

Selamat Hari Lahir, semoga sentiasa dalam lindunganNya.

Kehidupan ini penuh dengan cerita :)

Menghargai kunjungan Serimaya ke teratak saya.

serimaya berkata...

Salam kenalan

Terima kasih jua, pelbagai yang perlu saya pelajari.

Semoga akan ada kisah seterusnya