27 Julai 2011
PUTARAN
Tidak mudah untuk menjadi insan yang ikhlas dalam mengharungi pelbagai dugaan hidup, namun berpegang pada sifat-sifat Allah yang dua puluh kita sewajibnya redha dan ikhlas dengan qada dan qadar. Jadikan sifat sifat Allah panduan untuk kita mengharungi hidup ini kerana dugaan datang dan pergi ternyata memberi laluan pekara pekara negatif mempegaruhi kita, godaan syaitan, pegaruh orang sekeliling amat mudah menjerat hati kita. Biar apa pun pelakuan orang lain kepada kita, kita tidak perlu bersusah payah mencari jalan hendak membalasnya kerana putaran hidup sentiasa ada pasang surut, yang diatas akan ada bawahnya, yang tinggi ada masa rendahnya. Biar pun kadang kala balasan tidak serupa orang yang berbuat salah akan terbelenggu dengan salah silapnya. Perjalanan inilah yang berlaku didalam hidup saya, saya belajar untuk tidak membenci walaupun kepahitan itu bagai tiada belas dihadiahkan buat saya. Dan tidak juga saya bertujuan bersorakria atas musibah yang tiba, hanya mengambil ikhtibar dengan apa yang berlaku, dan sentiasa berpandangan jauh. Ingatan dan kenangan lalu telah berada diminda dan ianya tidak mudah kita lupakan, tetapi sentiasa melihat semuanya dengan satu yang positif akan memberi ruang kita berfikir kearah yang lebih baik, InsyaAllah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan