23 Februari 2011

MASA YANG TERTINGGAL

Mengambil terlalu lama untuk saya membuat sesuatu peubahan. Apakah sikap ini harus saya teruskan dalam seusia begini. Seminggu saya luangkan masa untuk kembali belajar memandu sebagaimana azam saya ketika melangkah ke tahun ini. Alhamdulillah waktu yang saya ambil tidak lah sepanjang mana untuk mengembalikan ingatan kepada pembelajaran 1993 itu. Berkat tunjuk ajar dari cikgu Wan Azhan mengambalikan keyakinan saya untuk memajukan diri di era pemanduan. Kemahiran yang penting untuk saya supaya ianya tidak
terus tertinggal seperti masa lalu.

Bagaimanapun saya tidak harus merasa rugi dengan apa yang telah berlaku dulu, kerana setiap detik hidup kita akan ada perkara yang terlewat dan tercepat. Ketentuan takdir yang tertulis adalah pengajaran untuk kita perbaiki semua kelemahan kita. Terlalu memikirkan apa yang orang akan perkatakan adakala meningkat semangat kita tetapi ada kala menjadikan kita rasa terpinggir dan menyerah kalah.

Saya perlu perbaiki semuanya, moga saya berhasil melakukanya dengan izinNya jua.

2 ulasan:

Bunga Rampai berkata...

Doa saya mengiringi usahamu itu.

Tidak ada yang terlewat dalam usaha kita membuat perubahan kerana DIA sangat suka kepada orang-orang yang sentiasa memperbaiki diri.

Salam :)

serimaya berkata...

Terima kasih Bunga Rampai, moga usaha saya akan ada imbalanya walaupun sakit menghadapinya.