Telah mencapai 17 tahun saya melayayari kehidupan ini bersamanya. Terlalu banyak pahit getir yang terpaksa saya lalui untuk mencapai ketahap ini. Saya tidak pasti sejauh mana ketahanan saya megharungi semua ranjau dan duri sepanjang saya bersama denganya. Saya menganggap inilah dugaan yang pasti dilalui oleh semua insan hanya jenis cubaan dan cabaran yang berbeza yang telah masing-masing lalui. Kalau soalan tentang bahagia diajukan untuk saya, mungkin tiada jawapan pasti untuk saya luahkan, begitu juga andai soalan derita untuk saya, semua itu satu persoalan yang sukar diterjemahkan dengan jawapan.
Saya dan mungkin dia sentiasa berharap kehidupan kami akan jadi senormal kehidupan orang lain, walaupun sebenarnya hidup kami telah menyimpang jauh dari landasan yang normal.Telah ada cabang yang dia sendiri ciptakan untuk kami yang menjadikan saya seorang yang terpaksa memikirkan orang lain dalam setiap sesuatu yang perlu saya lakukan. Nyatanya saya semakin bosan dengan semua ini. Kalau saya boleh menafsir apa yang akan berlaku dihari mendatang saya hanya berharap saya bisa menjadi normal, saya bisa menjadi senyum dari hati hingga ke bibir. Saya tidak pasti bila.
9 Februari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Salam Seimaya :)
Apa yang kita kecapi di dunia ini - bahagia atau derita - hanya sementara. Angggaplah apa yang kita lalui di dunia ini - suka atau duka - hanyalah UJIAN keimanan semata, dan harus BERSYUKUR dengan apa yang kita lalui itu kerana tidak semua orang diberi PERHATIAN sebegitu oleh DIA - anda yang TERPILIH! Tempuhi kehidupan dengan SABAR dan TAQWA kerana di penghujung kedua-duanya nanti ada kurnia REDHA dariNya, dan itulah setinggi-tinggi maqam yang DIA anugerahkan kepada hambaNYA di dunia.
Masa lampau itu untuk diambil iktibar darinya; masa depan pula di luar kawalan kita; afdalnya, buat yang TERBAIK sesuatu yang mahu dilakukan MASA INI. InsyaAllah tiada penyesalan kemudian hari - dunia dan ukhrawi.
Moga Serimaya sentiasa dalam lindunganNya.
Catat Ulasan